baiklah kali ini kita akan membahas mengenai kisah Nabi Yahya AS pada zaman rasul, nah ni kisah nabi and rasul kita selanjutnya moga bermanfaat buat sobat semua.. ...
Nabi
Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak
saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan
melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan
rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga
dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran
dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka
tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya,
bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan
kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan
di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran
itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya
bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan
belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk
menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak
terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas
memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak
kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat
untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan
mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam
hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah.
Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri
tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila
Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh
uban.
Pada
suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya
menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya
bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan
suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: “Ya Tuhanku
berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi
sebahagian dari keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila
aku tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku.
Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi
uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul namun
kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya
berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang
soleh yang engkau redhai.”
Allah
berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi
khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama
Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin
yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan
menjadi seorang nabi.”
Berkata
Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan
isteri adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut
usianya.”
Allah
menjawab dengan firman-Nya: “Demikian itu adalah suatu hal yang mudah
bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu
belum ada sama sekali?”
Berkata
Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku
telah mengandung.” Allah berfirman: “Tandanya bagimu bahawa engkau tidak
dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut
kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta
bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari.”
Nabi
Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali
bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa
ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah
orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam
sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan
malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya
kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia
dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan,
hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang
hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu
keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman
pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan
kebathilan.
Ia
selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari
dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan }
di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan
orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya Pembaptis”.
Dikisahkan
bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak
saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu,
bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang
gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyentujui rencan
perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa
bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan
dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya
sendiri.
Berita
rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang
melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan
orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik
calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang
telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa
saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat
dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan
terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan
diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa
pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi
fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam.
Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu
mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan
dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang
merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang
dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon
isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah
yang dapat aku berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala
permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh
sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku.
Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani
segala keperluan dan keinginanmu.”
Herodia
menjawab: “Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu
permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini.
Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang
telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan
namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal
kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila
Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini”.
Herodus
yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan
keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya
itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan
mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya.
Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria
berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang
tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam
terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi
rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu
menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra’il
seluruhnya.
Cerita
tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran,
surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga
ayat 41 dan surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat 90.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar